Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda. Apa yang perlu anda LAKUKAN adalah :
- Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda.
- Jawab dengan jelas dan lantang.
- Kikiskan sifat ego anda.
- Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas.
- Banyakkan senyuman.
- Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain.
- Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan.
Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.
Sumber: http://www.pinah.com/career/tips-menghadapi-temuduga/
0 comments:
Post a Comment