Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda ELAKKAN ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
- Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.
- Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.
- Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.
- Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda.
- Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.
- Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda.
- Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.
Sumber: http://www.pinah.com/career/tips-menghadapi-temuduga/
0 comments:
Post a Comment