Selamat datang ke laman e-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan.

APA ITU KAUNSELING?

Wednesday, May 19, 2010

APA ITU KAUNSELING?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistemetik berasaskan prinsip tertentu yang dilakukan oleh kaunselor professional bagi menghasilkan perkembangan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berlandaskan etika kaunseling.

MATLAMAT KAUNSELING


MATLAMAT KAUNSELING

* Meningkatkan kemahiran klien dalam menangani masalah
* Membantu klien mengenalpasti potensi dirinya sendiri
* Membantu Klien mengubah tingkah laku
* Membantu klien dalam proses membuat keputusan
* Memberi semangat dan motivasi
* Membantu klien memperbaiki hubungan interpersonal dan intrapersonal

PAMERAN KAMPUS ASTRO DAERAH KS

Sunday, May 16, 2010
LAPORAN PROGRAM: PAMERAN KAMPUS ASTRO DAERAH KS

Tarikh: 13 Mei 2010
Masa: 8.45 pagi hingga 1.30 petang
Sasaran: Pelajar Tingkatan 1

Pengisian:
• Program dijalankan di SK Sentosa.
• Program dirasmikan oleh PPP Kinta Selatan Kapten Dr. Damanhuri dan tuan rumah kepada program peringkat daerah ini telah diberikan kepada SK Sentosa.
• Taklimat tentang Kampus Astro telah disampaikan oleh Pegawai BTP Perak.
• Pameran dikelolakan oleh guru-guru SK Sentosa dan Staf Astro
• Seramai 100 orang pelajar tingkatan 1 SMK Sentosa terlibat manakala pameran tersebut turut disertai oleh semua sekolah di Daerah Kinta Selatan Rendah dan Menengah.
• Guru yang terlibat dalam program tersebut ialah PK HEM Pn. Yasmin Abdul Gafor dan Kaunselor SMK Sentosa, En.Abdul Rani serta Pn. Shiamala.

CERAMAH MOTIVASI PMR / GURU

LAPORAN PROGRAM: CERAMAH MOTIVASI

Tarikh: 4 Mei 2010
Masa: 11.30 pagi hingga 3.30 petang
Sasaran: Pelajar Tingkatan 3 dan Semua Guru

Pengisian:
• Ceramah disampaikan oleh En. Shahim Shah b. Harun, Bahagian Aduan Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Ceramah motivasi bagi pelajar tingkatan 3 dijalankan di dewan peperiksaan melibatkan semua pelajar PMR 2010.
• Manakala bagi guru pula program dijalankan di dalam bilik mesyuarat SMKS.
• Motivasi, bimbingan, nasihat dan panduan telah disampaikan dengan jayanya kepada sasaran.
• Penceramah berjaya menarik minat pendengar dengan pelbagai teknik dan kaedah penyampaian.


CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN (KKM)

Tuesday, May 11, 2010


LAPORAN PROGRAM: KESIHATAN PERGIGIAN

Tarikh: 3 Mei 2010
Masa: 8.15 pagi hingga 9.15 pagi
Sasaran: Semua pelajar tingkatan 1

Pengisian:

• Ceramah disampaikan oleh Dr. Swee Wen Yeng daripada Klinik Pergigian Kampar di Dewan Peperiksaan SMK Sentosa selepas perhimpunan rasmi sekolah.
• Ceramah yang disampaikan berkaitan kesihatan pergigian.
• Semua pelajar membantu melancarkan program dengan jayanya dengan memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama.
• Program ceramah ini turut melibatkan beberapa guru sekolah dan sepanjang perjalanan program tiada sebarang masalah berlaku.

PAMERAN DADAH - (AADK)

Monday, May 10, 2010



LAPORAN PROGRAM: MINGGU PENCEGAHAN JENAYAH DAN ANTI DADAH
PAMERAN “ANTI DADAH”


Tarikh: 28 April 2010
Masa: 9.00pagi hingga 1.30 tengah hari
Sasaran: Semua guru, kakitangan dan pelajar sekolah
Tempat: Dewan Dr. Nazrin

Pengisian:

• Pameran “ANTI DADAH” di kelolakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kinta (AADK) dengan bantuan Kelab Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah SMK Sentosa.
• Pameran dijalankan di dewan Dr. Nazrin SMK Sentosa.
• Penglibatan dan kerjasama yang baik oleh semua warga SMK Sentosa.
• Pelajar dan guru diatur untuk mengunjungi pameran secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan.

CERAMAH MORAL (KEBURUKAN INTERNET)



LAPORAN PROGRAM: CERAMAH MORAL (KEBURUKAN INTERNET)

Tarikh: 30 Januari 2010
Masa: 7.45pagi hingga 8.15 pagi
Sasaran: Pelajar Pendidikan Moral

Pengisian:
• Ceramah disampaikan oleh Kaunselor sekolah, En.Abdul Rani Zainun @ Zainon di dewan peperiksaan.
• Semua Pelajar dan Guru Cina mengikuti program.
• Ceramah diberikan kepada semua pelajar cina berkaitan dengan keurukan internet.
• Penceramah menfokuskan kepada isu “Facebook” sebagai fokus utama disamping kebaikan dan keburukan internet yang lain.

CERAMAH ANTI DADAH

Monday, May 3, 2010
LAPORAN PROGRAM: MINGGU PENCEGAHAN JENAYAH DAN ANTI DADAH
CERAMAH “ANTI DADAH”

Tarikh: 28 April 2010
Masa: 9.00pagi hingga 10.30 pagi
Sasaran: Semua guru, kakitangan dan pelajar sekolah
Tempat: Dewan Peperiksaan

Pengisian:
• Ceramah “ANTI DADAH”disampaikan oleh En.Mohd Aliff Abdul Aziz, Kaunselor Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kinta (AADK)
• Ceramah dijalankan di dewan peperiksaan SMK Sentosa.
• Penglibatan dan kerjasama yang baik oleh semua warga SMK Sentosa.

Catatan:
• Penceramah menggunakan “slide power point” sebagai medium pengantara untuk menerangkan isu berkaitan dengan pencegahan dadah.
• Gambar dan video turut ditayangkan kepada para peserta program untuk menambah dan memberi penerangan yang lebih jelas berkaitan Pencegahan Dadah.
• Penceramah turut menerangkan factor- faktor jenayah dadah serta cara-cara untuk menghindari najis dadah.

CERAMAH PENJEGAHAN JENAYAH IPD KAMPAR

LAPORAN PROGRAM: MINGGU PENCEGAHAN JENAYAH DAN ANTI DADAH
CERAMAH “PENCEGAHAN JENAYAH DAN ANTI DADAH”

Tarikh: 26 April 2010
Masa: 8.00pagi hingga 9.30 pagi
Sasaran: Semua guru, kakitangan dan pelajar sekolah
Tempat: Dewan Peperiksaan

Pengisian:
• Ceramah “PENCEGAHAN JENAYAH DAN ANTI DADAH”disampaikan oleh Sarjan Hasan dibantu oleh L/Kpl Sity dari IPD, Kampar.
• Ceramah dijalankan di dewan peperiksaan SMK Sentosa.
• Penglibatan dan kerjasama oleh semua warga SMK Sentosa amat memberansangkan.


Catatan:
• Persembahan Nasib daripada kumpulan nasyid sekolah bertajuk “Jauhi dadah” merupakan persembahan pembukaan kepada program.
• Penceramah menggunakan “slide power point” dalam menerangkan topic ceramah.
• Gambar dan video turut ditayangkan kepada para peserta program untuk menambah dan memberi penerangan yang lebih jelas berkaitan Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah
• Penceramah turut menerangkan beberapa faktor jenayah dan dadah serta cara-cara untuk mengelak diri daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat tersebut.