NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya. Justeru, kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.
• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.
• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.
• Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.
• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.
• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.
*Muat turun dokumen di sini (High Performing Schools)
Sumber: Portal Rasmi KPM
Selamat datang ke laman e-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan.
Ceramah Gangguan Seksual
Saturday, April 24, 2010
Tarikh: 22 April 2010
Masa: 7.30pagi hingga 8.15 pagi
Sasaran: Semua guru, kakitangan dan pelajar sekolah
Pengisian:
• Ceramah “Gangguan Seksual” disampaikan oleh Kaunselor Jemputan En. Mohd Ariff Shafrail Abdul Rashid, Kaunselor SMK Kampar.
• Ceramah dijalankan di perkarangan dataran perhimpunan.
• Penglibatan dan kerjasama oleh semua warga SMK Sentosa amat baik sekali.
Catatan:
• Sedikit ringkasan petikan ceramah yang telah dilangsungkan.
• Gangguan seksual seperti perbuatan atau pernyataan yang bersifat seksual boleh memberi kesan negatif ke atas semangat pekerja dan prestasi kerja. Gangguan seksual turut menimbulkan suasana persekitaran kerja yang serba salah, menakutkan, berasa terancam dan lain-lain kesan negatif yang menjejaskan suasana perhubungan yang harmoni di tempat kerja. Ia juga dianggap perbuatan yang tidak bermoral dan melanggari batas-batas perhubungan serta nilai peribadi seseorang pegawai.
• Penceramah turut menerangkan beberapa faktor gangguan seksual dan cara untuk mengelak diri daripada menjadi mangsa gangguan seksual.
Klik "Ceramah Gangguan Seksual" untuk paparan photo snap di GALERI SMK Sentosa

Kaunselor ANDA
Wednesday, April 14, 2010
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SENTOSA
Taman Bandar Baru
31900 Kampar
PERAK.
SMK SENTOSA
Taman Bandar Baru
31900 Kampar
PERAK.
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA
EN. ABDUL RANI ZAINUN @ ZAINON
DIPLOMA PERGURUAN - Matematik & Pendidikan Jasmani Kesihatan
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN)
Bimbingan & Kaunseling
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

CIK MUNIRA BINTI HAMZAH
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
Bimbingan & Kaunseling
Universiti Pendidikan Sultan Idris
CIK MUNIRA BINTI HAMZAH
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
Bimbingan & Kaunseling
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Karnival Jom Masuk U
Tarikh: 28 Mac 2010
Masa: 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Sasaran: Pelajar tingkatan 5
Pengisian:
• Program Karnival Jom Masuk U mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di IPTA dan IPTS.
• Taklimat daripada beberapa IPTA , IPTS dan Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan peluang-peluang yang disediakan oleh pihak tersebut.
• Program ini diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
Catatan:
• Program Karnival Jom Masuk U dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, IPTA, IPTS dan badan-badan kerajaan yang berkaitan.
• Terdapat 150 booth pameran terdiri daripada semua IPTA dan beberapa IPTS serta agensi-agensi penting dalam kerajaan yang membantu dalam melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi.
• Pihak Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa 38 orang pelajar SMK Sentosa. Pengangkutan disediakan oleh penganjur program.
• Masa bertolak: 9.00am (SMK Sentosa)
Masa bergerak pulang: 1.00 pm (Stadium Indera Mulia)
Bas UPSI: AGS 4027
Pemandu: En. Hanipah Hussain
• Pelajar berkumpul disekolah jam 8.30 pagi dan selamat sampai ke sekolah jam 2.00 petang.
• 38 orang pelajar tingkatan 5 SMK Sentosa terpilih untuk mengikuti program tersebut dan dibantu oleh 3 orang guru pengiring. (En.Abdul Rani, Cik Intan Shafinas dan Cik Aznin Awanis)
• Semua aktiviti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Klik "Karnival Jom Masuk U 2010" untuk paparan photo snap di GALERI SMK Sentosa

Tazkirah: Hati
Tarikh: 29 Januari 2010
Masa: 7.45pagi hingga 8.15 pagi
Sasaran: Semua guru, kakitangan dan pelajar sekolah
Pengisian:
• Tazkirah disampaikan oleh Kaunselor sekolah, En.Abdul Rani Zainun @ Zainon bersebelahan perkarangan dataran perhimpunan selepas perhimpunan harian pada hari Jumaat bersempena Program Bacaan Yasin dan Tazkirah Bil.1 2010.
Catatan:
Hati manusia ni tergolong atau dapat dikategorikan kepada 3 jenis hati iaitu Qalbun Shahih (hati yang suci), Qalbun Mayyit (hati yang mati), dan Qalbun Maridl (hati yang sakit).
Qalbun Shahih: hati yang sihat/selamat. Hati yang sentiasa ingat dan takut kepada Allah. Menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Qalbun Mayyit: hati yang mati yang tidak takut dan tak ingatkan Allah s.w.t. Apa yang dilakukannya hanyalah kerana nafsu semata-mata. Sekiranya kita berdamping dengan golongan ini bagaikan bertemankan racun dan mengundang bencana.
Qalbun Maridl: hati yang sakit. Hati sebegini kadang-kadang dekat pada Allah kadang-kadang menyimpang jauh. Ada masanya melakukan kebaikan dan adakalanya melakukan kejahatan.
Nabi saw bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati.”[HR. Bukhari-Muslim].
Cari dan jadilah hati kita seperti golongan Qalbun Shahih dan sekiranya ada cebis Qalbun Mayyit dan Qalbun Maridl berusahalah untuk berubah dan bertaubatlah. InsyaAllah...

Pengurusan Pelajar Lepasan SPM
Tarikh: 11Mac 2010
Masa: 7.30 pagi hingga 1.10 tengah hari
Sasaran: Pelajar lepasan SPM
Pengisian:
• Penyedian tempat untuk mengambil keputusan SPM – Kaunselor: Pn.Shiamala dan En.Abdul Rani
• Pameran Kerjaya (Kolej Islam Sains dan Teknologi: KIST) – Kaunselor: En.Abdul Rani dan Pn.Shiamala
• Penyampaian keputusan SPM – Pentadbir dan Semua guru tingkatan 5 tahun 2009
• Taklimat kerjaya/Motivasi Pelajar: – Kaunselor: Pn.Shiamala dan En.Abdul Rani
• Fotografi - Kaunselor: En.Abdul Rani
Catatan:
• Pelajar lepasan SPM menggunakan peluang yang disediakan dan memberikan kerjasama yang baik.
• Terdapat sebahagian pelajar lepasan SPM yang hadir tidak memakai pakaian yang sesuai/sopan dan berimej yang agak keterlaluan (Rambut/subang/merokok). Pelajar berkenaan telah ditegur dan diberi amaran.
• Semua guru membantu melancarkan program dengan jayanya dengan memberikan sepenuh kerjasama.
• Sepanjang perjalanan program tiada sebarang masalah berlaku.

Orientasi Pelajar Ting. 1 dan 4
Tarikh: 4-6 Januari 2010
Masa: 7.45 pagi hingga 2.10 petang
Sasaran: Pelajar tingkatan satu dan empat
Pengisian:
• Taklimat Umum (Pengetua SMKS: En. Abdul Wahid) untuk tingkatan 1 dan 4
• Taklimat Sekolah (PK Pentadbiran: Y.M Tunku Samsudin) untuk tingkatan 1 dan 4
• Taklimat HEM (PK HEM: Pn. Yasmin) untuk tingkatan 1
• Taklimat Koku (PK Koku: Pn. Lee) untuk tingkatan 1
• Taklimat Disiplin (Guru Disiplin: En. Roslan) untuk tingkatan 1
• Taklimat Kerjaya dan motivasi pelajar (Kaunselor: En. Abdul Rani / Pn.Shiamala) untuk tingkatan 1 dan 4
• Taklimat Matapelajaran (Guru Matapelajaran Biologi/Kimia/Fizik/Matematik Tambahan/Prinsip Akaun) untuk tingkatan 4
• Latihan Nyanyian Lagu Sekolah (Guru Muzik: En. Soleh) untuk tingkatan 1
• Taklimat Peperiksaan (SU Peperiksaan: En. Murthi) untuk tingkatan 1 dan 4
• Explore Race (Kaunselor: Pn.Shiamala / En. Abdul Rani) untuk tingkatan 1
• Lawatan sekitar SMKS (Pengawas Sekolah) untuk tingkatan 1
Catatan:
• Semua aktiviti dan taklimat dilaksanakan disekitar sekolah. Ruang yang digunakan adalan Dewan Peperiksaan, Dewan Dr.Nazrin, Tapak Perhimpunan, Makmal Sains an beberapa buah kelas terentu.
• Kerjasama daripada semua pentadbir, guru dan pelajar membantu melancarkan program dengan jayanya.
• Sepanjang perjalanan program tiada sebarang masalah berlaku.
Klik "Minggu Orientasi Pelajar Ting. 1 dan 4" untuk paparan photo snap di GALERI SMK Sentosa

Ceramah Sekolah Berkesan
Tarikh: 25 Januari 2010
Masa: 7.30pagi hingga 8.15 pagi
Sasaran: Semua pelajar
Pengisian:
• Ceramah disampaikan oleh Tuan Pengetua, En.Abdul Wahid bin Nuruddin di perkarangan dataran perhimpunan semasa perhimpunan rasmi sekolah.
Catatan:
• Ceramah yang disampaikan meliputi visi dan misi sekolah. Penceramah juga menyentuh tentang adab dan sikap pelajar cemerlang.
• Semua pelajar membantu melancarkan program dengan jayanya dengan memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama.
• Program ceramah ini turut melibatkan semua guru sekolah dan sepanjang perjalanan program tiada sebarang masalah berlaku.

Ceramah Makan Pagi
Tarikh: 1 Februari 2010
Masa: 7.30pagi hingga 8.15 pagi
Sasaran: Semua pelajar
Pengisian:
• Ceramah disampaikan oleh Ketua Jururawat Daerah Kinta di perkarangan dataran perhimpunan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Beliau dibantu oleh 2 Jururawat Masyarakat dan seorang Jururawat Desa.
Catatan:
• Ceramah yang disampaikan berkenaan makanan seimbang, gizi makanan yang betul, pemilihan jenis makanan, pyramid makanan, amalan pemakanan sihat dan senaman yang sesuai untuk mempercepatkan proses penghadaman makanan. Semua topic yang disentuh dikaitkan dengn amalan pemakanan pagi.

Fasa-fasa Pemilihan Kerjaya
KAUNSELING KERJAYA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SENTOSA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SENTOSA
Fasa-fasa Pemilihan Kerjaya (Cadangan)
Fasa 1:
Mengenalpasti kekuatan, kelemahan diri (potensi diri).
Melalui ujian personaliti/minat kerjaya nilai pekerjaan dan pencapaian. Menduduki ujian psikologi.
Fasa 2:
Pembinaan matlamat individu.
Matlamat diri dihubungkait hasil dari ujian psikologi dengan maklumat kerjaya yang berkaitan yang diperolehi.
Fasa 3:
Mendapatkan motivasi/nasihat/bimbingan daripada kaunselor/guru/orang yang berpengalaman dalam bidang berkaitan yang dipilih. Berkongsi maklumat dengan individu yang telah berjaya dalam kerjaya.
Fasa 4:
Membuat pemilihan yang betul/tepat/sesuai dangan kemampuan diri.
Mengenal pasti kerjaya yang diminati. Buat sedikit kajian tentang kerjaya yang dikenalpasti. Pilih beberapa kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan kemampuan diri.
Fasa 5:
Lengkapkan diri.
Bersedia dengan apa jua kemungkinan yang mendatang. Berdoa dan terus berusaha sehingga anda berjaya.
KAUNSELING KERJAYA
KAUNSELING KERJAYA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SENTOSA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SENTOSA
PENGENALAN
Terdapat beberapa pandangan oleh pakar kerjaya terhadap pertumbuhan dan perkembangan kerjaya yang akan dilalui oleh seseorang individu.
Menurut Super (Osipow, 1973) terdapt 3 unsur penting dalam pembentukan konsep kendiri yang memberi kesan kepada perkembangan kerjaya seseorang individu iaitu ;
• Pembentukan konsep kendiri iaitu satu proses apabila seseorang itu melihat perbezaan dirinya dengan orang lain.
• Menterjemah konsep kendiri ke dalam istilah pekerjaan, mengenal pasti peranan orang-orang yang signifikan dan sedar akan kebolehan diri tentang sesuatu pekerjaan.
• Pelaksanaan konsep kendiri iaitu keperluan latihan professional bagi satu-satu kerjaya yang dipilih.
DEFINISI KERJAYA
• Kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas ( Rohany & Fatimah (1987).
• Satu proses menolong seorang memperkembangkan dan menerima satu gambaran lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan, dan seterusnya cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti ( Super (1981).
• Merupakan penglibatan yang berterusan dan perkembangan serta kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan/bidang (profesiona, kegiatan dan sebagainya).
• Aktiviti berterusan yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang berkaitan dengan ekonomi seperti pendapatan tetap untuk keperluan seharian.
PERSEDIAAN KERJAYA
Persediaan kerjaya perlu dimulakan dari awal persekolahan lagi kerana kerjaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Antara aspek yang ditekan dalam persediaan kerjaya ialah ;
• Akademik
• Kemahiran
• Mental
• Emosi
• Sosial
• Dokumentasi
MENGENAL PASTI MINAT KERJAYA
Menurut Sidek Mohd Noah (1992) untuk memastikan ciri-ciri personal individu selaras dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu bidang kerjaya yang diceburi.
Beberapa fasa telah dikenalpasti dan perlu dilalui supaya individu mencapai kepuasan di samping memberi sumbangan kepada produktiviti yang tinggi.
Klik "Fasa-fasa Pemilihan Kerjaya (Cadangan)"
SUMBER MAKLUMAT KERJAYA
Para pelajar atau pencari kerja boleh mendapat maklumat-maklumat berkaitan kerjayayang diminati di ;
a) IKLAN DI MEDIA MASA
- Pencari kerja perlu peka dan mengikuti maklumat semasa di media masa
- Media popular: akhbar dan buletin serta majalah, radio dan tv
b) AGENSI PEKERJAAN
- Membantu majikan mendapatkan pekerja dari IPT dan pusat latihan kemahiran
- Ada yang menggunakan internet untuk dihubungi seperti www. JenJOBS.com
c) TEMUDUGA TERBUKA
- 'Walk-In Interview’ ini mudah dan cepat bagi majikan
- Pencari kerja berbaris untuk temmuduga dengan membawa segala dokumen perlu
d) JABATAN TENAGA KERJA
- Ibu Pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya (www.jtksm.mohr.gov.my)
- Cawangan di seluruh negara
- Boleh terus daftar dengan mana-mana JTK dan menunggu jawapan
e) MAKLUMAT RAKAN
- Rakan-rakan yang sedang bekerja
- Maklumat lebih jelas tentang pekerjaan yang diminati
- Rakan menjadi orang tengah
- Banyak laman web berkaitan seperti www.jobsmalaysia.com , http://www.jobdb.com.my/, http://www.graduan.com.my/ dan jobstreet.com.my
- Permohonan terus melalui borang dalam laman web
f) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
- Boleh mendaftar terus ( http:// www.spa@gov.com.my/)
- Maklumat yang diberi betul dan tepat
- Borang SPA8 perlu diisi
g) TEMUDUGA DI KAMPUS
- Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej
- Temuduga di Universiti atau Kolej
- Biasanya di akhir pengajian Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej
h) PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
- Disediakan oleh IPT atau Pusat kemahiran
- Syarikat atau badan tempat LI akan menerima bekerja dengannya
i) HARI KERJAYA
- Hari Kerjaya anjuran IPT dan sekolah
- Melibatkan banyak syarikat dan IPT
- Terus mengisi borang di tempat pameran
Sumber: UBK KKT
OBJEKTIF
OBJEKTIF
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SENTOSA
Unit Kaunseling SMK Sentosa bertujuan membantu pelajar SMK Sentosa mempertingkatkan jati diri serta celik akal. Ia selaras dengan kepentingannya sebagai pelengkap proses pembelajaran yang sempurna. Unit Kaunseling turut cuba untuk memberi maklumat serta panduan hala tuju kepada pelajar selaras dengan keperluan semasa.

HUBUNGI KAMI
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SENTOSA
Taman Bandar Baru
31900 Kampar
PERAK.
No. Telefon : 05-4671220 (Pejabat)
05-4671221 (Fax)
Email: cnxxx81@gmail.com
Laman: http://smksentosakampar.edublogs.org/
http://ekaunselingsmks.blogspot.com/

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara On-line atau datang secara terus.
Secara On-Line: Hantarkan persoalan melalui e-mail: cnxxx81@gmail.com
Secara terus: Anda boleh datang terus ke bilik kaunseling SMK Sentosa untuk berjumpa dengan kaunselor anda.
* Sekiranya kaunselor tiada, anda boleh mengisi borang temujanji di bilik kaunseling dan masukkannya ke kotak yang disediakan. Kaunselor akan cuba menghubungi anda secepat mungkin. Sekian terima kasih.

VISI MISI DAN FALSAFAH
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SENTOSA KAMPAR
VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam
mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif
di sekolah.
MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
• Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
• Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
• Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
• Memberikan pendidikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
• Memupuk semangat dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Subscribe to:
Posts (Atom)