Selamat datang ke laman e-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan.

Tazkirah: Hati

Wednesday, April 14, 2010
Tarikh: 29 Januari 2010
Masa: 7.45pagi hingga 8.15 pagi
Sasaran: Semua guru, kakitangan dan pelajar sekolah

Pengisian:
• Tazkirah disampaikan oleh Kaunselor sekolah, En.Abdul Rani Zainun @ Zainon bersebelahan perkarangan dataran perhimpunan selepas perhimpunan harian pada hari Jumaat bersempena Program Bacaan Yasin dan Tazkirah Bil.1 2010.

Catatan:
Hati manusia ni tergolong atau dapat dikategorikan kepada 3 jenis hati iaitu Qalbun Shahih (hati yang suci), Qalbun Mayyit (hati yang mati), dan Qalbun Maridl (hati yang sakit).

Qalbun Shahih: hati yang sihat/selamat. Hati yang sentiasa ingat dan takut kepada Allah. Menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Qalbun Mayyit: hati yang mati yang tidak takut dan tak ingatkan Allah s.w.t. Apa yang dilakukannya hanyalah kerana nafsu semata-mata. Sekiranya kita berdamping dengan golongan ini bagaikan bertemankan racun dan mengundang bencana.

Qalbun Maridl: hati yang sakit. Hati sebegini kadang-kadang dekat pada Allah kadang-kadang menyimpang jauh. Ada masanya melakukan kebaikan dan adakalanya melakukan kejahatan.

Nabi saw bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati.”[HR. Bukhari-Muslim].

Cari dan jadilah hati kita seperti golongan Qalbun Shahih dan sekiranya ada cebis Qalbun Mayyit dan Qalbun Maridl berusahalah untuk berubah dan bertaubatlah. InsyaAllah...

1 comments:

Hafifi Borhan El Said said...

tq

Post a Comment