Selamat datang ke laman e-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan.

Karnival Jom Masuk U

Wednesday, April 14, 2010
Tarikh: 28 Mac 2010
Masa: 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Sasaran: Pelajar tingkatan 5

Pengisian:
• Program Karnival Jom Masuk U mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di IPTA dan IPTS.
• Taklimat daripada beberapa IPTA , IPTS dan Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan peluang-peluang yang disediakan oleh pihak tersebut.
• Program ini diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak

Catatan:
• Program Karnival Jom Masuk U dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, IPTA, IPTS dan badan-badan kerajaan yang berkaitan.
• Terdapat 150 booth pameran terdiri daripada semua IPTA dan beberapa IPTS serta agensi-agensi penting dalam kerajaan yang membantu dalam melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi.
• Pihak Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa 38 orang pelajar SMK Sentosa. Pengangkutan disediakan oleh penganjur program.
• Masa bertolak: 9.00am (SMK Sentosa)
Masa bergerak pulang: 1.00 pm (Stadium Indera Mulia)
Bas UPSI: AGS 4027
Pemandu: En. Hanipah Hussain
• Pelajar berkumpul disekolah jam 8.30 pagi dan selamat sampai ke sekolah jam 2.00 petang.
• 38 orang pelajar tingkatan 5 SMK Sentosa terpilih untuk mengikuti program tersebut dan dibantu oleh 3 orang guru pengiring. (En.Abdul Rani, Cik Intan Shafinas dan Cik Aznin Awanis)
• Semua aktiviti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Klik "Karnival Jom Masuk U 2010" untuk paparan photo snap di GALERI SMK Sentosa

0 comments:

Post a Comment